Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

268) Skim Air Darul Ehsan – Persoalan Tentang Penerima Yang Layak Namun Berpindah Ke Alamat Baru

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana penerima yang telah layak meneruskan skim ini sekiranya berpindah ke alamat baru? (buat masa kini dimaklumkan oleh pihak Air Selangor mereka tiada akses untuk mengemaskini maklumat terkini kerana penerima yang lulus dikatakan hanya diuruskan oleh kerajaan Negeri).

    Kerajaan Negeri bersama-sama Air Selangor buat ketika ini telah menetapkan bahawa bagi penerima yang telah layak menerima rebat air percuma dan hendak membuat penukaran alamat, penerima perlu membuat permohonan pembatalan/ penamatan terhadap permohonan sedia ada dan seterusnya membuat permohonan semula.

    Borang permohonan pembatalan/ penamatan boleh dimuat turun di laman sesawang Air Selangor www.airselangor.com atau melalui sepuluh (10) Kaunter Perkhidmatan Pejabat Wilayah Pengurusan Air Selangor.

    Borang permohonan yang lengkap seterusnya boleh dihantar menerusi e-mel ipr@airselangor atau mana-mana sepuluh Kaunter Perkhidmatan Pejabat Wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd untuk diproses.

Lampiran

Tiada Lampiran.