Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

57) Skim Air Darul Ehsan (SADE)

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pemohon skim Air Darul Ehsan ini untuk tahun 2020 dan jumlah yang telah diluluskan setelah kerajaan negeri membuka semula pendaftaran bermula 01 April 2020?

    Jumlah pengguna Negeri Selangor yang menikmati SADE pada Fasa Pertama adalah sebanyak 250,000 akaun. Namun, setelah Kerajaan Negeri membuka semula pendaftaran bermula 01 April 2020, sehingga kini Kerajaan Negeri telah menerima sebanyak 25,251 permohonan melalui borang manual dan atas talian di SSIPR. Selanjutnya, setelah semakan silang dibuat, sebanyak 22,253 permohonan telah berjaya.

Lampiran

Tiada Lampiran.