Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

128) SKIM AIR PERCUMA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah halatuju jangka panjang skim tersebut?

    Sebagaimana yang telah dijanjikan, Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan program pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat Negeri Selangor selaras untuk merealisasikan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor. Memandangkan terdapat kebaikan di dalam Skim pemberian air percuma ini, ia telah turut dijadikan sebagai janji-janji pilihan raya oleh Barisan Nasional di dalam kempen Pilihan Raya yang ke 13. Tambahan pula, Laporan Malaysian Water Industry Guide (MWIG) pada tahun 2009, 2011 dan 2012 menyatakan penggunaan per sambungan telah menunjukkan trend menurun sejak pelaksanaan Skim Air Percuma. Ini menunjukkan pemberian air percuma yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor tidak menjurus kepada pembaziran.

Lampiran

Tiada Lampiran.