SKIM BANTUAN AM KEBAJIKAN
5) SKIM BANTUAN AM KEBAJIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bantuan Am Kebajikan yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri melalui JKM hanya memberi bantuan maksimum sehingga RM350 sebulan kepada penerimanya
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor telah menyalurkan Skim Bantuan Am Negeri dengan tiga (3) kadar bantuan yang baharu iaitu RM250, RM300 dan RM350 sebulan kepada penerima bantuan tersebut. Menjawab persoalan Yang Berhormat Kampung Tunku, kadar maksimum bantuan yang disalurkan kepada setiap penerima bantuan adalah RM350 sahaja bagi satu keluarga.
