Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

108) SKIM BANTUAN ASUHAN RAKYAT (SI KEMBAR)

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri memperuntukan subsidi RM100 seorang anak ke nurseri untuk mengurangkan beban ibu bapa.Berapa jumlah yang telah dibelanjakan untuk pemberian subsidi SI KEMBAR sehingga 2013?

    Sehingga 31 Disember 2013 sebanyak RM386,300.00 telah dibelanjakan untuk Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKembar). Kekangan utama kepada penyertaan program ini adalah kebanyakan nurseri/taska tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bagi membantu nurseri/taska ini agar dapat membuat pendaftaran dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif mewujudkan satu program Kursus Intensif Perkembangan Kanak-kanak Selangor dengan kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sendiri. Kerajaan negeri berharap dengan cara ini, lebih ramai lagi anak-anak Selangor dapat menikmati manafaat yang telah disediakan untuk mereka.

Lampiran

Tiada Lampiran.