Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

117) SKIM BANTUAN KEBAJIKAN – PERKHIDMATAN BANTUAN KEWANGAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bantuan Kebajikan kepada individu-individu yang layak, dibayar oleh kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mengapa ianya tidak dibayar terus oleh kerajaan Negeri kerana 70 peratus dari bayaran tersebut datangnya dari kerajaan Negeri.

    JUMLAH PERUNTUKAN YANG DITERIMA DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI BAGI TAHUN 2014

     

    PERUNTUKAN

    JUMLAH PERUNTUKAN (RM) JUMLAH PENERIMA BANTUAN  

    PERATUS

    Negeri 14,269,551.85 7,304 12.85%
    Persekutuan 111,058,278.00 32,149 87.15 %
    JUMLAH 125,327,829.85 39,453 100 %

     Medium bayaran bantuan kepada klien adalah seperti berikut:

    • bank
    • bayaran tunai di kaunter pejabat
    • bayaran tunai di rumah klien bagi kes terlantar dan tidak berupaya mengambil duit di

    Skim-skim bantuan di bawah kerajaan negeri adalah seperti berikut:

    • Skim Bantuan Am
    • Bantuan Latihan Belia
    • Bantuan Bencana

    Skim Bantuan Persekutuan pula adalah seperti berikut:

    • Bantuan Kanak-kanak (BKK)
    • Bantuan Anak Pelihara (BAP)
    • Bantuan Orang Tua (BOT)
    • Elaun Pekerja Cacat (EPC)
    • Bantuan Penjagaan  Orang Kurang Upaya   (OKU) Terlantar dan Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
    • Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
    • Bantuan Alat Tiruan/Sokongan (BAT)
    • Bantuan Geran
    • Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas (TSBB)

Lampiran

Tiada Lampiran.