SKIM BANTUAN TABUNG BAS SEKOLAH

43) SKIM BANTUAN TABUNG BAS SEKOLAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memandangkan program MES skim bantuan tambang bas sekolah kepada keluarga berpendapatan rendah. Bilakah skim tersebut akan dilaksanakan di DUN Sungai Pelek?

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak menyediakan bantuan tambang  bas  sekolah bagi keluarga berpendapatan rendah. Namun begitu, Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang memberi bantuan tambang bas sekolah kepada anak – anak pekerja ladang. Program Bantuan Sumbangan Subsidi Tambang Bas ini merupakan salah satu daripada Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di mana bantuan sebanyak RM300.00 diberikan kepada setiap anak – anak pekerja ladang yang memohon bagi membiayai sebahagian tambang bas mereka melalui sokongan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Sumbangan yang diberikan adalah untuk tempoh setahun bagi setiap pelajar yang memohon.

     

    Namun begitu, skim bantuan ini adalah dikhususkan kepada anak – anak pekerja ladang yang bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) di dalam Negeri Selangor sahaja dan tidak dibuka secara umum.

     

    Bagi kawasan DUN Sungai Pelek, sekiranya terdapat mana – mana pelajar  dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRKJT) yang ingin mengemukakan permohonan, pelajar tersebut haruslah mengemukakan permohonan tersebut melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan menghantar permohonan tersebut kepada Pejabat YB EXCO.

Lampiran

Tiada Lampiran.