Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

231) SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR (TUNAS)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa jumlah peruntukan telah dibelanjakan dari tahun 2008 hingga 2014 dan senaraikan mengikut tahun 2008 hingga 2014.

    Program Skim TUNAS telah dilaksanakan bermula pada tahun 2012. Oleh itu jumlah peruntukan yang telah digunakan pada tahun 2012 sehingga 2014 adalah sebanyak RM5,043,762.00. Perincian adalah seperti berikut:

     

     

    Bil

     

    Tahun

    Jumlah Peruntukan (RM)
    1. 2012 214,175.00
    2. 2013 1,500,032.00
    3. 2014 3,329,555.00
     

    Jumlah keseluruhan

     

    5,043,762.00

Lampiran

Tiada Lampiran.