Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

193) SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah telah dikenalpasti penambahbaikan proses kelulusan permohonan?

    Proses kelulusan permohonan Skim TUNAS dikendalikan sepenuhnya oleh Syarikat Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) dengan kerjasama Unit Pendidikan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK). Pada masa ini proses tersebut perlu melalui beberapa peringkat di mana setiap permohonan oleh pengusaha tadika kepada RMSB akan diproses untuk kelulusan. Senarai pengusaha tadika yang telah diluluskan oleh RMSB akan dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan seterusnya kepada Perbendaharaan Negeri Selangor (PNS) untuk pertimbangan bayaran secara direct grant. Peringkat akhir adalah pengeluaran cek bayaran oleh Unit Kewangan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat SUK

    Semua proses ini perlu melalui beberapa peringkat untuk memastikan agihan kelulusan dan bayaran Skim TUNAS dilaksanakan secara telus. Walau bagaimanapun, RMSB bersama-sama Unit Pendidikan BPSM sentiasa berusaha untuk memastikan kelancaran kelulusan permohonan dan agihan bayaran kepada setiap pengusaha tadika supaya bantuan ini memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

Lampiran

Tiada Lampiran.