Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

128) SKIM CERIA DAN RUMAH MAMPU MILIK

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah perancangan agihan Skim Ceria setiap tahun mengikut DUN?

    Skim CERIA ditawarkan berdasarkan kepada permohonan yang dibuat oleh pangsapuri-pangsapuri kos rendah dan sederhana rendah yang kebanyakannya tertumpu di kawasan-kawasan bandar. Kebanyakannya terletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

    Walau bagaimanapun, mana-mana permohonan yang menghadapi masalah kerosakan harta bersama yang serius seperti kerosakan lif, bumbung, sistem paip dalaman tetap diberi keutamaan. Sehingga kini, sebanyak 104 pangsapuri telah pun menerima manfaat daripada Skim CERIA ini. Pangsapuri-pangsapuri ini terdapat di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kecuali Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).

    Berdasarkan lokaliti DUN pula, pangsapuri-pangsapuri ini terletak di 33 DUN daripada 56 DUN yang ada di Negeri Selangor. Ini bermakna lebih separuh jumlah DUN di Negeri Selangor telah pun menerima manfaat daripada Skim CERIA (Lampiran A).

    LAMPIRAN A JUMLAH PENERIMA  SKIM CERIA MENGIKUT DUN

    BIL DUN FASA 1 FASA 2 FASA 3
    1 BUKIT ANTARABANGSA 2
    2 TERATAI 1 2 1
    3 LEMBAH JAYA 2 2
    4 BUKIT LANJAN 1 3 2
    5 TAMAN MEDAN 3 1 1
    6 SERI SETIA 2 1 7
    7 KG. TUNKU 1
    8 SERI KEMBANGAN 1 3 2
    9 DENGKIL 1 1 3
    10 KAJANG 1
    11 SEMENYIH 1 1
    12 KOTA DAMANSARA 1 1 1
    13 KOTA ANGGERIK 1 3
    14 PELABUHAN KLANG 1 5
    15 KINRARA 1 2
    16 TAMAN TEMPLER 8
    17 BATU CAVES 1
    18 DUSUN TUA 1
    19 GOMBAK SETIA 1
    20 BALAKONG 1
    21 SUBANG JAYA 1
    22 SERI SERDANG 3 1
    23 CHEMPAKA 5 1
    24 SERI MUDA 2 1
    25 RAWANG 2
    26 KOTA ALAM SHAH 1
    27 SRI ANDALAS 2
    28 BATU TIGA 6 1
    29 BUKIT GASING 1
    30 JERAM 1
    31 BATANG KALI 1
    32 PANDAMARAN 1
      JUMLAH 20 56 28

Lampiran

Tiada Lampiran.