Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

15) SKIM DANA USAHAWAN KAUM INDIA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rekod kejayaan Skim Dana Usahawan India semenjak dari tahun 2017 sehingga kini?

    Dana Usahawan India Selangor (DUIS) belum dilaksanakan pada tahun 2017 dan ianya masih dalam proses pelaksanaan selepas mendapat kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) Ke 23/2019 bertarikh 14 Ogos 2019 iaitu Pemberian GERAN Bantuan Alatan ke atas peniaga yang telah memulakan perniagaan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Selangor.

    Pemberian GERAN ini bernilai maksimum RM10,000.00 bagi setiap permohonan yang mana permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Tanah dan Daerah (PDT) dan diurus selia oleh pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) serta Hijrah.

    Untuk makluman Yang Berhormat, setakat September 2019 sebanyak 884 permohonan GERAN telah diterima oleh pihak Pengurusan SITHAM dan kesemua permohonan tersebut masih dalam proses penelitian akhir yang mana hanya 180 penerima GERAN yang layak sahaja akan dipilih untuk tahun 2019. Pemilihan ini adalah berdasarkan peruntukan bagi Pemberian Geran sebanyak RM156,000.00 yang telah diluluskan oleh MMKM ke 23/2019.

Lampiran

Tiada Lampiran.