Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

93) SKIM GAJI MINIMA RM1,500.00 SEBULAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa ramai kakitangan Awam di Negeri Selangor yang pendapatannya di bawah RM1,500.00 sebulan dari tahun 2008 hingga 2015?

    Sehingga tahun 2015 terdapat 103 orang (37 tetap dan 66 kontrak) penjawat awam Kerajaan Negeri Selangor, Agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri yang berpendapatan (gaji dan elaun tetap) kurang daripada RM1,500.00. Sebagai contoh, Penjawat awam baru bekerja di Gred 11, menerima gaji minima sebanyak RM837.00 bersama elaun-elaun tetap yang lain iaitu Elaun Tetap Perumahan (ITP) RM300.00, Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) RM95.00 dan Bantuan Sara Hidup RM300.00 (bagi kawasan A – Ampang Jaya/ Kajang/ Klang/ Petaling Jaya/ Selayang/ Sepang/ Shah Alam/ Subang Jaya) atau RM150.00 (bagi kawasan B – selain kawasan A) menjadikan jumlah pendapatan sebulan berjumlah RM1,532.00 (kawasan bandar) atau RM1,382.00 (kawasan luar bandar).

Lampiran

Tiada Lampiran.