Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

193) SKIM GUARDED & GATE COMMUNITY

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mencadangkan supaya satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji semula dan menambahbaik dari masa ke semasa garis panduan skim Ò Guarded & Gate Community Ò yang sedia ada supaya keselamatan di kawasan kediaman lebih terjamin di samping mengurangkan perselisihan antara penduduk semasa pelaksanaan skim tersebut.

    Seperti Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor Bil. 2/2011 yang bersidang pada 19 Julai 2011 telah membuat keputusan supaya semua PBT di Negeri Selangor menggunakai Garis Panduan Konsep Skim Komuniti Berpagar (‘Gated Community’) dan Skim Perumahan Berpengawal (‘Guarded Community’) yang disediakan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

    Walaupun secara dasarnya garis panduan ini telah menetapkan bilangan persetujuan penduduk seramai 75%, namun pelaksanaannya yang “mendirikan (sebarang bentuk) halangan kepada jalan-jalan awam” masih lagi bertentangan dari aspek perundangan berdasarkan Seksyen 136(2) dan Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965, Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Seksyen 80, Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 26 Jadual G, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966.

    Dalam hal ini, garis panduan yang disediakan oleh LPHS  mengambilkira semua pertimbangan tersebut termasuk pertimbangan pelanggaran perundangan sedia ada di tahap yang minimum sebagai panduan kepada PBTdi Negeri Selangor dalam meluluskan Skim Pembangunan “Guarded Community” mahupun Skim Pembangunan “Gated Community”.

    LPHS juga dari masa ke semasa akan membuat penambahbaikan garis panduan ini disamping PBT juga turut sama memberikan output dan pandangan terhadap penambahbaikan tersebut. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri berpandangan jawatankuasa khas ini perlu ditubuhkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan ianya kerana melibatkan isu masyarakat setempat dan ahli-ahli majlis perlu terlibat dalam urusan ini.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.