Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

33) SKIM HIJRAH

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah skim Hijrah yang telah diagihkan dan adakah ia telah berjaya memberikan pulangan yang baik kepada Kerajaan Negeri?

    Sehingga Julai 2015, Hijrah Selangor telah membuka sebanyak 22 cawangan operasi di setiap kawasan Parlimen. Permohonan peserta telah diterima daripada setiap DUN (56 DUN) dan sehingga kini Hijrah Selangor telah meluluskan pinjaman kepada seramai 7203 orang peserta dengan jumlah pinjaman yang telah dikeluarkan adalah sebanyak RM 32.9 juta.

    Pihak Hijrah Selangor menjangkakan pendapatan minima bulanan peserta setelah penyertaan Hijrah Selangor adalah sebanyak RM3,000.00 sebulan. Juga dijangkakan peningkatan pendapatan satu kali ganda daripada pendapatan asal setelah menyelesaikan tiga (3) pinjaman dengan Hijrah Selangor. Contohnya pendapatan asal ketika mula menyertai Hijrah Selangor adalah RM1,500.00, selepas tiga kali pinjam dengan Hijrah pendapatan peserta meningkat kepada RM3,000.00. Justeru itu, ianya dapat memenuhi hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk melebarkan golongan kelas menengah dan juga dapat menangani masalah kemiskinan di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.