Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

156) SKIM INSENTIF PEDULI RAKYAT SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat pembaikkan semula setelah perubahan berlaku di Kerajaan Persekutuan. Contohnya seperti KISS & Peduli Sihat yang popular di Selangor?

    Sebagai makluman semua ahli Yang Berhormat, pada masa kini tiada sebarang perubahan yang berlaku ke atas pelaksanaan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Skim Peduli Sihat (SPS). Manfaat kedua-dua program ini masih diteruskan oleh Kerajaan Negeri kepada para penerima yang memenuhi kelayakan bagi meneruskan kelangsungan hidup seterusnya dapat membantu mengurangkan beban keluarga dalam mendepani situasi semasa ekonomi negara.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.