Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

32) SKIM KESELAMATAN KEJIRANAN PANGSAPURI SELANGOR (SEROJA)

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauhmanakah program SEROJA memainkan peranan dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman rakyat yang mendiami terjamin?

    Matlamat program SEROJA adalah untuk memberi kesedaran dan galakan kepada setiap penduduk untuk bekerjasama menjaga keselamatan pangsapuri masing-masing. Melalui program SEROJA, Kerajaan Negeri telah memberi bantuan peralatan keselamatan secara one off dan menyediakan peruntukan khas untuk sumbangan kepada penduduk sukarela yang mengalami kemalangan atau meninggal dunia semasa membuat rondaan keselamatan serta geran tahunan sejumlah RM10,000 setahun bertujuan mengadakan program keselamatan bersama pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Walau bagaimanapun, berdasarkan daripada maklum balas yang diterima daripada JMB dan MC, kaedah pemantauan keselamatan secara rondaan adalah sukar dilaksanakan secara konsisten berdasarkan senario kehidupan masa kini. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah menambah baik dengan membenarkan JMB dan MC menggunakan sebahagian daripada peruntukan geran tahunan SEROJA untuk memasang CCTV kerana ianya merupakan kaedah yang paling relevan pada era moden

     

    Selain itu, pihak JMB dan MC perlu memberi maklumat mengenai bilangan kes jenayah yang berlaku di pangsapuri mereka kepada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor pada setiap bulan. Maklumat ini sangat penting untuk Kerajaan Negeri membuat analisis ke atas keberkesanan dan menambahbaik program SEROJA dari semasa ke semasa dengan kerjasama PDRM.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.