Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

32) SKIM KESIHATAN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memandangkan kerajaan negeri telah melaksanakan program MammoSEL untuk golongan wanita, adakah kerajaan negeri bercadang untuk melaksanakan skim kesihatan untuk golongan yang lain termasuk golongan lelaki dan warga emas? Jika tidak, mengapa?

    Kerajaan Negeri buat masa ini belum bercadang untuk melaksanakan program mengikut golongan tertentu di dalam Negeri Selangor kerana bantuan tersebut tidak dapat disalurkan secara menyeluruh bagi semua golongan di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan terdapat  Program Bantuan Kesihatan Untuk Rakyat Miskin di Negeri Selangor. Di dalam program ini  tidak mengkhususkan golongan tertentu untuk memohon dan ianya meliputi pelbagai golongan rakyat di dalam Negeri Selangor. Di bawah program ini kerajaan negeri akan membiayai kos rawatan bagi penyakit katarak mata, pembedahan kecil (minor surgery), dialisis buah pinggang dan lain-lain permohonan yang wajar dipertimbangkan seperti perubatan kanser, keperluan membeli peralatan berkaitan kesihatan, pembelian ubat-ubatan bagi penyakit kronik dan lain-lain

Lampiran

Tiada Lampiran.