Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

90) SKIM KESIHATAN PAP SMEAR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan untuk pemeriksaan pap smear dan bilakah tempoh pelaksanaan skim ini?

    Sebagai makluman, tiada peruntukan khas disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk pemeriksaan pap smear. Buat masa ini, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan bagi pelaksanaan Skim Kesihatan Wanita : Mammogram Selangor (MammoSel) di bawah kendalian Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) kepada golongan wanita Selangor bagi menjalani pemeriksaan mammogram secara percuma.

    Namun demikian, Kerajaan Negeri menyambut baik akan syor untuk menyediakan peruntukan bagi pelaksanaan pemeriksaan pap smear ini sebagai salah satu penambahbaikan di dalam Program Kempen 1 Juta Wanita Selangor Sihat agar ia terus memberi manfaat demi kesejahteraan golongan wanita di Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.