Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

34) SKIM KESIHATAN PERCUMA -MAMOSEL

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah juga penyertaan wanita secara tahunan semenjak ianya di lancarkan sehingga Julai 2015

    Skim Kesihatan Wanita (SKW) telah dilaksanakan semenjak November 2010. SKW juga dikenali sebagai Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSel). Program ini adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada seluruh wanita di Negeri Selangor. Semenjak program ini dilancarkan sehingga 30 Jun 2015 jumlah perbelanjaan SKW adalah seperti berikut:-

    Tahun Bulan RM Peserta
    2010   227,700.00 2,688
    2011   1,117,190.00 11,317
    2012   363,620.00 3,638
    2013 Jan 23,220.00 258
    Feb 16,650.00 185
    Mac 28,170.00 313
    April 13,140.00 146
    2014 April 540.00 6
    Jun 14,920.00 164
    Jul 3,170.00 33
    Aug 2,250.00 25
    Oct 2,430.00 27
    Dec 22,010.00 240
    2015 Mac 18,220.00 194
    April 12,310.00 135
    Mei 17,710.00 187
    Jun 21,150.00 231
    Keseluruhan 1,904,400.00 19,787

    Taburan mengikut kaum sehingga Jun 2015

    Tahun Melayu Cina India
    2010 1135 1294 259
    2011 6084 3810 1415
    2012 2026 1094 514
    2013 439 235 220
    2014 223 228 44
    2015 465 200 81
    Total 10372 6861 2533

    Pecahan peratus mengikut kaum sehingga Jun 2015

    Melayu 52.42%
    Cina 34.67%
    India 12.80%
    Lain-Lain 0.11%

     

Lampiran

Tiada Lampiran.