Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

96) SKIM KESIHATAN SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan telah dikeluarkan untuk membiayai permohonan tersebut dan jumlah pesakit yang telah menerima mengikut DUN?

    Jumlah peruntukan untuk program Bantuan Kesihatan Selangor pada tahun 2016 adalah sebanyak RM2.4juta. Sehingga 24 Oktober 2016, sebanyak RM2,050,427.00 telah diluluskan kepada 830 orang pesakit. Jumlah penerima mengikut jenis bantuan adalah seperti di jadual berikut:

    Jenis Bantuan Jumlah Bantuan

    (RM)

    Bilangan Pesakit
    Rawatan Dialisis 1,452,045 504
    Katarak Mata 89,382 125
    Pembedahan Kecil 153,101 52
    Kaki Palsu 6,000 3
    Lain-lain Bantuan 349,899 146
    JUMLAH 2,050,427 830

    Jadual : Jumlah peruntukan dan permohonan Bantuan Kesihatan Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.