Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

197) SKIM KESIHATAN WANITA (IPR 6)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peserta program dan perbelanjaan IPR 6 dari 2014-2016 mengikut bangsa

    Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin akan kesihatan golongan wanita di Selangor. Justeru itu, Skim Kesihatan Wanita (SKW) – Mammogram Selangor (MammoSel) adalah merupakan sebuah program yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Semenjak tahun 2010 lagi. Sehingga Januari 2017 para peserta yang telah menerima manfaatnya adalah seramai 32,183 orang wanita dari seluruh Selangor.

    Lantaran itu, sebanyak RM3,768,659.00 telah dibelanjakan bagi melaksanakan program SKW. Berikut adalah jumlah penerima manfaat pecahan mengikut kaum.

    Tahun Melayu Cina India Lain-Lain
    2010 1135 1294 259 0
    2011 6084 3810 1415 8
    2012 2026 1094 514 4
    2013 439 235 220 8
    2014 223 228 44 0
    2015 1462 471 161 1
    2016 5421 3298 565 46
    Feb 2017 1319 275 122 2
    Jumlah 18,109 10,705 3,300 69

    Sumber : Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)

Lampiran

Tiada Lampiran.