Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

90) SKIM KESIHATAN WANITA MAMOGRAM

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah skim ini diketahui oleh golongan wanita di Selangor?

    Kerajaan Negeri mengakui masih banyak usaha perlu dilakukan bagi memastikan maklumat berkaitan program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) termasuklah program Skim Kesihatan Wanita (SKW) ini.

    Walaupun begitu, sehingga kini Kerajaan Negeri Selangor mendapati penerimaan kaum wanita terhadap program SKW ini adalah amat baik meskipun ia tidak mendapat tempat, sokongan dan dokongan daripada media-media arus perdana termasuk rangkaian radio dan televisyen tempatan.

    Kerajaan Negeri akan terus berusaha menerusi agensi-agensi yang berkaitan dan akan turut mempelbagaikan cara penyampaian maklumat agar rakyat Selangor mendapat maklumat yang terkini berkaitan pelbagai program dan manfaat yang telah dan akan diwujudkan untuk kebajikan dan kebaikan mereka.

    Antara kaedah terkini dalam mempromosikan program MES amnya dan program SKW ini khususnya, Pusat Wanita Berdaya telah digerakkan sepenuhnya bagi membantu memberikan penerangan, mendaftarkan peserta dan membantu memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar di semua peringkat kawasan DUN yang berkaitan. Dengan cara ini, diharapkan lebih ramai wanita di Negeri Selangor akan berpeluang untuk menikmati manfaat daripada program ini dan sebarang kesan positif kanser payudara dapat dikesan di peringkat yang paling awal.

Lampiran

Tiada Lampiran.