Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

92) SKIM KESIHATAN WANITA SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyak peruntukkan telah dikeluarkan bagi menjalankan program skim kesihatan wanita sehingga Jun 2012 dan berapa ramai yang telah menyertai?

    Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan Skim Kesihatan Wanita di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor dengan peruntukan sebanyak RM1 juta setiap tahun bertujuan membantu kaum wanita membuat pemeriksaan kanser payudara (mammogram) secara percuma. Kos setiap pemeriksaan mammogram sebanyak RM90 ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Setakat 30 April 2012, kos perbelanjaan yang telah dikeluarkan adalah sebanyak RM 1,497,870.00.

    Setakat 30 April 2012 seramai 16,643 wanita di Selangor telah mendapat manfaat daripada pemeriksaan mammogram percuma yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Hasil daripada program ini, seramai 146 wanita disyaki menghidap penyakit kanser telah berjaya dikesan.

Lampiran

Tiada Lampiran.