Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

98) SKIM KOMUNITI BERPENGAWAL (SKB)

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tujuan SKB diwujudkan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, pada peringkat awal kewujudan Skim Perumahan Komuniti Berpengawal atau dikenali sebagai ‘Guarded Community’ dilaksanakan oleh penduduk (melalui persatuan penduduk berdaftar / tidak berdaftar) adalah untuk langkah keselamatan bagi menjaga komuniti setempat melalui kaedah halangan sama ada dalam bentuk fizikal seperti penghalang atau bentuk bukan fizikal seperti pengawal keselamatan atau kedua-duanya sekali yang dibuat untuk mengawal laluan keluar masuk kenderaan. Pembinaan struktur binaan seperti pondok pengawal di laluan keluar masuk, pemasangan halangan dalam bentuk sekatan manual dan ‘automated boom gate’ di laluan jalan awam, pembinaan ‘perimeter fencing’ dalam bentuk tembok atau ‘chain link’ serta keperluan orang awam menyerahkan dokumen pengenalan diri seperi kad pengenalan atau lesen memandu kepada pengawal keselamatan merupakan masalah yang dikenalpasti dan kerap berlaku akibat terbentuknya Skim Perumahan ‘Guarded Community’

    Memandangkan pertumbuhan Skim Perumahan ‘Guarded Community’ yang berleluasa, maka Kerajaan Negeri melalui Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 20/2010 pada 9 Jun 2010 telah meluluskan Garis Panduan Skim Perumahan Berpengawal (‘Guarded Community’) untuk digunapakai secara seragam di seluruh PBT di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun setelah mengambil kira perkembangan semasa dan aduan daripada penduduk serta kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah berkenaan pelaksanaannya, MMKN ke 21/2016 pada 23 Jun 2016 telah meluluskan penambahbaikan garis panduan tersebut.

    Tujuan penyediaan Garis Panduan ini adalah bertujuan untuk pematuhan kepada undang-undang (‘compliance of law’) yang memberikan kebenaran penutupan jalan awam selari dengan peruntukan undang-undang sedia ada iaitu

    • Kanun Tanah Negara 1965, (ii) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133]; (iii) Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], (iv) Akta Kerajaan tempatan 1976 [Akta 171] , (v) Perjanjian Jualbeli, di bawah Jadual G, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan Akta Ejensi Persendirian 1971 (Akta 27). Sekiranya tiada garis panduan khusus disediakan dan isu-isu berbangkit berkenaan pelaksanaan ini tidak ditangani secara berhemah, ia bukan sahaja akan memberi kesan kepada penduduk itu sendiri tetapi juga akan mengakibatkan visual yang kurang menarik sesuatu

Lampiran

Tiada Lampiran.