Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

72) SKIM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jenis Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor sehingga hari ini?

    Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor mempunyai sebanyak 18 program yang dirangka khusus bagi membantu golongan-golongan sasar memperbaiki kehidupan. Bermula Mac 2015, Skim Mikrokredit Selangor dan Skim Mikrokredit Miskin Bandar telah digabung di bawah Program Hijrah Selangor. Program-program lain yang terdapat di bawah Skim MES adalah Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Usia Emas, Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang, Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (M2), Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL), Insentif Perkahwinan Belia, Pusat Tuisyen Rakyat, Pusat Dialisis Rakyat, Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si KEMBAR), Skim Bantuan Tadika (TUNAS), Cuti Bersalin 90 Hari, Cuti Untuk Suami Yang Isterinya Bersalin Selama 14 Hari, Cuti Kematian Suami Selama 30 Hari, Jom Shopping (Warga Emas + Ibu Tunggal), Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) dan Program Peningkatan Hasil Daripada Bahan Batuan dan Mineral. Senarai program di bawah Skim MES yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui agensi yang dilantik adalah seperti di Lampiran A.

Lampiran

Tiada Lampiran.