Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

254) SKIM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan peratusan dan jumlah perbelanjaan Skim Merakyatkan Ekonomi yang telah digunakan di DUN Teratai dalam tempoh tahun 2008 hingga 2015

    Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor mempunyai sebanyak dua puluh (20) program yang dirangka khusus bagi membantu golongan sasar memperbaiki kehidupan. Jumlah perbelanjaan keseluruhan bagi program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dalam tempoh tahun 2008 sehingga 30 September 2015 yang dilaporkan adalah berjumlah RM1,449,537,012.83. Perincian bagi jumlah perbelanjaan di DUN Teratai setakat 30 September 2015 bagi setiap skim MES yang dilaksanakan di kawasan berkenaan adalah seperti di Lampiran A.

     

    LAMPIRAN A

     

    Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)

    Jumlah Perbelanjaan Bagi Tempoh Tahun 2008 hingga 30 September 2015 Bagi DUN Teratai

     

     

    BIL.

     

    PROGRAM

     

    AGENSI

     

    JUMLAH PERBELANJAAN (RM)

    1 Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) 92,000.00
    2 Hadiah Anak Masuk Universiti Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 1,894,000.00
    3 Skim Mesra Usia Emas Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) 3,020,000.00
    4 Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang Seksyen Sektoral, UPEN Tiada ladang di DUN Teratai
     

    5

     

    Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (M3) Pertama

     

    Kerajaan Negeri Selangor

    Tiada perincian data mengikut DUN namun secara keseluruhan jumlah perbelanjaan =

    1,053,231,463.00*

    6 Program Hijrah Selangor (SkimSel + MiMBAR) Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor 716,000.00
    7 Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor 896,000.00
     

    8

     

    Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR)

     

    Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor

    Tiada perincian data mengikut DUN namun secara keseluruhan jumlah perbelanjaan =

    10,915,528*

    9 Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA) Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor Tiada ladang di DUN Teratai
    10 Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL) Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) 41,400.00
    11 Insentif Perkahwinan Belia Seksyen Sektoral, UPEN 25,800.00
     

    12

     

    Pusat Tuisyen Rakyat

     

    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

    Tiada perincian data mengikut DUN namun secara keseluruhan jumlah perbelanjaan =

    1,619,600*

    13 Pusat Dialisis Rakyat Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB)
    14 Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si KEMBAR) Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) 2,300.00
    15 Skim Bantuan Tadika (TUNAS) Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) 3,150.00
    16 Jom Shopping (Warga emas + ibu tunggal) Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB) 147,600.00
    17 Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) Seksyen Sektoral, UPEN
    18 Cuti Bersalin 90 Hari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
    19 Cuti Untuk Suami Yang Isterinya Bersalin Selama 14 Hari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
    20 Cuti Kematian Suami Selama 30 Hari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

     

    Nota:

    *Jumlah Perbelanjaan bagi Program Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (M3) Pertama adalah merupakan jumlah perbelanjaan secara keseluruhan di Selangor

    *Jumlah Perbelanjaan bagi Program Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) adalah merupakan jumlah perbelanjaan secara keseluruhan di Selangor sebelum digabungkan dengan Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) menjadi Program Hijrah Selangor bermula April 2015

    *Jumlah Perbelanjaan bagi Program Pusat Tuisyen Rakyat adalah merupakan jumlah perbelanjaan secara keseluruhan di Selangor

     

Lampiran

Tiada Lampiran.