Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

55) SKIM MESRA USIA EMAS

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah dan peratusan warga emas Selangor yang mendapat faedah daripada skim ini?

    Sehingga bulan April 2012, seramai 188,464 orang telah berdaftar sebagai Ahli Skim Mesra Usia Emas (SMUE). Daripada jumlah tersebut, seramai 30,399 orang atau 16.13 peratus telah mendapat manafaat daripada skim ini. Manakala 284 orang yang telah meninggal dunia sedang diproses bayaran kepada waris masingmasing.

    Daripada 188,464 orang yang berdaftar dengan SMUE, 157,781 orang adalah ahli yang masih bidup dan layak menikmati program nilai tambah iaitu JOM Shopping. Sejumlah 60,502 orang atau 37.62 peratus daripada 157,781 orang ahli yang masih hidup ini telah di bawa ke program JOM Shopping.

Lampiran

Tiada Lampiran.