Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

221) SKIM MESRA USIA EMAS

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah akan dilaksanakan pemberian sumbangan SMUE semasa hayat warga emas?

    Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberikan sebahagian daripada jumlah manfaat SMUE semasa Ahli masih hidup. Setelah memastikan segala keperluan yang melibatkan pemindaan ‘Trust Deed’ serta komitmen kewangan yang diperlukan, Kerajaan Negeri bercadang untuk memulakan program berkaitan pada 1hb. Oktober 2016. Tarikh tersebut dipilih bagi memastikan ujian terhadap sistem yang telah dibangunkan benar-benar telah mampu beroperasi dengan baik dan sebarang permasalahan berkaitan sistem tersebut dapat diperbaiki terlebih dahulu.

Lampiran

Tiada Lampiran.