Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

139) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peruntukan skim mesra usia emas ( SMUE ) bagi tahun 2019 sehingga September?

    1. Terdapat 2 jenis pemberian manfaat di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang dilaksanakan pada tahun 2019. Pemberian manfaat tersebut adalah seperti berikut:

     

    1. Manfaat khairat kematian (telah dihentikan pada 31 Mei 2019)

    Program Jom Shopping SMUE (dilaksanakan bermula pada bulan September 2019)

    Jumlah peruntukan SMUE bagi tahun 2019 adalah seperti berikut:

     

    BIL PERKARA JUMLAH PERUNTUKAN (RM)
    1. Jumlah peruntukan untuk pembayaran khairat kematian SMUE bagi tahun 2019 (sehingga 31 Oktober 2019) 18.2 juta
    2. Jumlah peruntukan untuk program Jom Shopping SMUE tahun 2019 6 juta
    Jumlah keseluruhan peruntukan (RM) : 24.2 juta

     

    Perbelanjaan program Jom Shopping bagi bulan September ialah sebanyak                RM 506,000.

Lampiran

Tiada Lampiran.