Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

180) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri kepada pewaris penerima Skim ini yang masih belum menerima baki dana yang telah melebihi tempoh yang dijanjikan?

    Pihak RMSB dan pihak Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) sentiasa memantau pembayaran fasa kedua melalui laporan tunggakan fasa kedua yang boleh dijana semlalui sistem e-mesra pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh pengguna.

    Laporan berkenaan akan memaparkan senarai semua tunggakan fasa kedua mengikut DUN Pembayar/ PDT dan jumlah hari menunggu sejak pembayaran fasa pertama dibuat.

    Dalam masa yang sama pihak RMSB akan membuat pembentangan laporan yang antara lain menunjukkan status tunggakan pembayaran fasa kedua mengikut PDT. Mesyuarat yang diadakan itu melibatkan pihak Pejabat Perbendaharaan, RMSB dan PDT. Jemputan juga dibuat kepada pihak PKM yang berkenaan. Mesyuarat diadakan setiap 2 bulan sekali di Perbendaharaan Negeri Selangor.

    Tunggakan melebihi tempoh masa yang dijanjikan biasa berlaku disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

    • Penama masih gagal menghadirkan diri untuk menuntut bayaran fasa kedua walaupun sudah dipanggil beberapa kali untuk hadir ke majlis atau ke PDT.
    • Penama gagal dihubungi kera no hp tidak aktif atau penama sudah berpindah tempat tinggal dan tidak memaklumkan kepada pihak PKM/ RMSB/ PDT.

    Untuk rekod pihak Yawas, atas permintaan secara bertulis oleh pihak PDT sudah pun mengeluarkan 220 penama dari senarai nama penerima fasa kedua atas sebab penerima gagal menuntut wang berkenaan dalam tempoh yang munasabah.

    Dasar sedia ada menetapkan penama akan dikeluarkan dari senarai layak terima jika gagal menuntut wang dalam tempoh 6 bulan iaitu mulai tarikh penama tidak hadir pada Majlis Pembayaran Fasa Kedua.

    Pecahan penama yang sudah dikeluarkan dari senarai layak meneriam fasa kedua mengikut daerah adalah seperti berikut:

    Daerah Jumlah %
    Gombak 46 20.9
    Hulu Langat 0 0.0
    Hulu Selangor 0 0.0
    Klang 16 7.3
    Kuala Langat 0 0.0
    Kuala Selangor 2 0.9
    Petaling 153 69.5
    Sabak Bernam 3 1.4
    Sepang 0 0.0
    JUMLAH 220 100.0

Lampiran

Tiada Lampiran.