Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

142) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peruntukan dan penerima bagi tahun 2020 yang telah dikeluarkan dalam program SMUE mengikut daerah di Negeri Selangor.

    Jumlah yang telah diperuntukan untuk Program SMUE bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM20 juta. Sehingga kini sebanyak RM9,499,300.00 telah dibelanjakan dengan jumlah penerima seramai 94,933 orang.

    Untuk makluman, oleh kerana penerima bagi program Jom Shopping SMUE adalah dari golongan yang berisiko tinggi (warga emas dan OKU) oleh itu program ini terpaksa dihentikan seketika semasa pandemik COVID-19 (Mac-Mei). Walau bagaimanapun, program ini telah kembali dilaksanakan semula bermula Jun 2020 dan mematuhi semua SOP yang ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.