Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

44) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rasional Kerajaan menghapuskan Skim SMUE?

    Skim SMUE tidak dihapuskan tetapi ditambah baik setelah mengambil kira pandangan warga emas yang mana selama ini sering dinyatakan tiadanya manfaat semasa hidup untuk mereka yang berdaftar di bawah skim ini  memandangkan manfaat khairat kematian hanya dinikmati oleh waris mereka.

    Selain itu, selama 10 tahun sejak ia diperkenalkan pada tahun 2008 sehingga kini, manfaat khairat kematian hanya dibayar kapada 106,012 orang warga emas (pembayaran kepada waris) berbanding daripada jumlah keseluruhan jumlah ahli SMUE yang berdaftar iaitu seramai 314,085 orang.

    Oleh yang demikian, sekiranya program Jom Shopping dilaksanakan, manfaat program ini akan dinikmati oleh 204,679 warga emas yang masih hidup (rekod sehingga 18 Julai 2019).

    Selain dari itu bantuan khairat kematian telah banyak ditawarkan oleh agensi lain seperti Perkeso, KWSP dan BSH selain masjid dan surau bagi yang beragama Islam, skim takaful warga emas swasta, dan skim Bantuan Mengurus Jenazah di bawah JPA untuk penjawat awam.

Lampiran

Tiada Lampiran.