Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

52) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah warga emas yang telah didaftarkan dan bakal menikmati bantuan Jom Shopping bermula Oktober 2019?

    Sehingga 18 Julai 2019, seramai 204,679 warga emas telah berdaftar di bawah SMUE dan mereka ini layak untuk menikmati bantuan Jom Shopping bermula Oktober 2019. Jumlah ini akan meningkat dari masa ke semasa selama mana pendaftaran masih dibuka.

Lampiran

Tiada Lampiran.