Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

128) SKIM MIKROKREDIT SELANGOR (SKIMSEL)

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci maklumat SkimSel bagi daerah Klang dan Petaling seperti berikut. Berapakah penerima terkini mengikut pecahan jantina dan kaum?

    Berikut adalah jawapan kepada soalan a, b dan c.

    Berdasarkan persetujuan pembahagian kawasan operasi antara SKIMSEL dan MIMBAR, diperingkat  Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor, SKIMSEL hanya beroperasi di kawasan-kawasan luar bandar iaitu di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang. Manakala daerah-daerah lain seperti Klang dan Petaling telah diisytiharkan sebagai kawasan bandar dan di bawah operasi MIMBAR.  SKIMSEL belum lagi memasuki kawasan-kawasan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.