Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

152) SKIM PEDULI SIHAT

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kriteria melantik Selgate Corporation sebagai Òthird-party administratorÓ bagi Skim Peduli Sihat yang diperuntukkan RM125 juta untuk menyediakan perkhidmatan percuma penjagaan kesihatan kepada mereka yang layak, caj tahunan sebagai pengendali dan alasan tidak dibayar terus kepada klinik berdaftar

    Selgate Corporation merupakan anak syarikat kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan bidang perniagaan utama adalah industri penjagaan kesihatan. Dalam Belanjawan Negeri Selangor 2016, Kerajaan Negeri telah mengumumkan bahawa Selgate Corporation akan membina 3 buah hospital yang dijangka siap menjelang 2020 iaitu di Rawang, Shah Alam dan Bangi. Pada masa sama, Selgate Corporation juga memegang ekuiti dalam pusat perubatan di Gombak dan bekerjasama dengan konglomerat perubatan kos sederhana bagi membangunkan hospital di Rawang.

    RM125 juta yang diperuntukkan bagi Skim Peduli Sihat adalah 100% untuk kos perubatan yang akan dibayar kepada klinik panel berdaftar. Tiada sebarang caj tahunan dibayar kepada pihak Selgate Corporation oleh pihak Kerajaan Negeri.

    Memandangkan Skim Peduli Sihat ini mensasarkan seramai satu juta rakyat atau 250,000 keluarga, pengendalian program ini perlu fokus dan tertumpu bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar seperti yang dirancang. Berdasarkan kepada justifikasi berikut, adalah amat wajar bagi Kerajaan Negeri melantik anak syarikatnya yang berkecimpung dalam industri penjagaan kesihatan serta industri hiliran yang berkaitan untuk dipilih sebagai Third Party Administrator (TPA) bagi menguruskan Skim Peduli Sihat ini.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.