Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

168) SKIM PEDULI SIHAT

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini tentang Skim Peduli Sihat?

    Untuk makluman Yang Ahli-ahli Berhormat, Skim Peduli Sihat merupakan salah satu langkah pencegahan yang dicetuskan oleh Kerajaan Negeri bagi menangani penyakit tidak berjangkit. Melalui program ini, masyarakat digalakkan untuk membuat saringan kesihatan bagi mengawal penyakit ke tahap yang lebih kritikal. Program ini bukanlah satu tanggungan Kerajaan Negeri untuk menampung perbelanjaan  rawatan kesihatan kerana perkhidmatan rawatan kesihatan telahpun disediakan di hospital-hospital dan klinik kesihatan dengan kadar serendah RM1.00 sahaja.

    Seperti yang kita semua sedia maklum, satu tempoh pengemaskinian bagi Skim Peduli Sihat telah dilakukan pada 1 Mei 2019 sehingga 31 Mei 2019. Proses pengemaskinian ini telah menetapkan syarat kelayakan yang baru seperti berikut:-

    1. Warganegara Malaysia yang lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Negeri Selangor melebihi 10 tahun;
    2. Bagi kategori keluarga, pendapatan isi rumah sebanyak RM2,000 dan ke bawah;
    • Bagi kategori Individu, berumur 21 tahun dan keatas dan pendapatan RM1,500 dan ke bawah;
    1. Tersenarai dalam data E-Kasih (miskin tegar dan miskin) atau penerima Bantuan Sara Hidup bagi tahun 2018; dan
    2. Pemegang kad yang aktif dalam tempoh 2 tahun.

     

    Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 10/2019 dan disahkan pada Mesyuarat MMKN ke 11/2019 telah bersetuju menghadkan bilangan penerima manfaat kepada 65,000 kad sahaja dengan jumlah peruntukan tambahan sebanyak RM32.5 juta bagi proses pengemaskinian tersebut.

    Lanjutan itu, mesyuarat MMKN ke 9/2019 yang disahkan pada mesyuarat MMKN ke 10/2019 telah bersetuju pembahagian penerima Peduli Sihat adalah mengikut Kuota iaitu berdasarkan bilangan pengundi. Bagi kawasan Dewan Negeri yang mempunyai bilangan pengundi di bawah 30,000 orang, kuota penerima Peduli Sihat adalah 700 kad dan seterusnya adalah seperti jadual di bawah :

     

    Bil Kategori Pengundi Penerima Per DN
    1 Pengundi Bawah 30K 700
    2 Pengundi 30K-45K 1,021
    3 Pengundi 45K-60K 1,381
    4 Pengundi Atas 60K 1,690

     

    YB Bukit Lanjan bertanyakan jumlah penerima Peduli Sihat sebelum penjajaran adalah sebanyak 392,798 kad dan selepas proses pengemaskinian dilakukan, sebanyak 86,004 kad adalah layak memenuhi kriteria baru. Walaubagaimanapun, berdasarkan sistem kuota yang ditetapkan, sebanyak 55,277 kad sahaja telah diaktifkan pada 1 Jun 2019.

     

     

     

     

    YB Pandamaran dan YB Pelabuhan Klang telah bertanyakan bilangan penerima yang telah diaktifkan mengikut Dewan Negeri selepas penjajaran adalah seperti jadual di bawah:

    DUN JUMLAH AHLI AKTIF DUN JUMLAH AHLI AKTIF DUN JUMLAH AHLI AKTIF
    N01 700 N20 1,296 N39 1,377
    N02 703 N21 694 N40 1,107
    N03 1,021 N22 752 N41 1,382
    N04 701 N23 1,153 N42 1,021
    N05 700 N24 1,379 N43 1,014
    N06 699 N25 1,680 N44 566
    N07 1,381 N26 1,375 N45 1,360
    N08 705 N27 699 N46 1,015
    N09 700 N28 1,023 N47 1,375
    N10 826 N29 1,353 N48 819
    N11 701 N30 1,646 N49 1,369
    N12 725 N31 726 N50 1,097
    N13 704 N32 1,374 N51 1,018
    N14 1,430 N33 1,035 N52 1,018
    N15 941 N34 450 N53 1,014
    N16 1,014 N35 362 N54 698
    N17 790 N36 294 N55 1,392
    N18 1,154 N37 864 N56 704
    N19 1,101 N38 1,019

     

    YB Sungai Air Tawar meminta maklumat pecahan penerima Peduli Sihat selepas Penjajaran mengikut Kaum. Berikut adalah pecahan penerima mengikut kaum:

    BANGSA JUMLAH AHLI PERATUSAN (%)
    MELAYU 26,385 47.73%
    CINA 11,237 20.33%
    INDIA 17,059 30.86%
    ORANG ASLI 212 0.38%
    LAIN-LAIN 384 0.69%
      55,277 100.00%

     

    YB Pelabuhan Kelang, YB Bandar Utama dan YB Sungai Panjang bertanyakan berkaitan peruntukan tahunan serta perbelanjaan terkini Skim Peduli Sihat.

    Sehingga 14 Julai 2019, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM72,820,411.50 sejak ianya dilancarkan pada tahun 2017. Pecahan peruntukan dan perbelanjaan mengikut tahun adalah seperti berikut:

    Tahun Jumlah Peruntukan

    (RM)

    Peruntukan Tambahan

    (RM)

    Jumlah Perbelanjaan

    (RM)

    2017 125,000,000.00 11,330,122.50
    2018 20,000,000.00 21,490,289.00 41,490,289.00
    2019* 10,000,000.00 10,000,000.00 20,000,000.00
     JUMLAH 72,820,411.50

    *sehingga 14 Julai 2019

    YB Pelabuhan Klang dan YB Sungai Pelek bertanyakan tentang panel pemilih dan mekanisma pemutihan yang dilakukan sepanjang proses pengemaskinian data KISS dan Peduli Sihat. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat  Proses pengemaskinian data bagi Skim Peduli Sihat  telahpun dilaksanakan sepanjang tempoh pembekuan program iaitu mulai 15 Jun 2019 hingga 15 Julai 2019.

    • Proses pengemaskinian ini melibatkan proses semakan silang data penerima sedia ada Peduli Sihat dengan data peserta E-Kasih dan Bantuan Sara Hidup (BSH).
    • Selepas semakan silang dibuat, pihak E-Kasih dan LHDN (BSH) telah menyerahkan senarai data berkenaan kepada Bahagian Pengurusan Maklumat ( BPM SUK) untuk penapisan penerima yang berpendapatan RM2000 dan ke bawah sahaja.
    • Kemudian, pihak BPM akan menyerahkan kesemua data penerima tersebut kepada pihak SELCARE Management. Pihak SELCARE Management pula akan menyenaraikan data penerima mengikut DUN bermula dari pendapatan yang paling rendah sehinga RM 2000.

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, keseluruhan proses pengemaskinian data ini adalah melalui sistem berkomputer dan tiada panel pemilih (bersifat manual) yang terlibat dalam proses ini.

    YB Kuala Kubu Baru bertanyakan apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri memandangkan 37% penerima Skim Peduli Sihat yang dipilih adalah bukannya pengundi dari DUN Kuala Kubu Bharu tetapi telah mengambil kouta DUN tersebut.

    Pendaftaran awal bagi Skim Peduli Sihat adalah berdasarkan tempat tinggal pemohon dan bukanlah tempat mengundi. Langkah ini diambil bagi memudahkan proses permohonan dan penyerahan kad pada masa tersebut.

    Yang terakhir, YB Bukit Lanjan bertanyakan tindakan susulan untuk memastikan penduduk yang layak boleh mendapatkan Skim Peduli Sihat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, permohonan baru bagi Skim Peduli Sihat ini masih diteruskan dengan baki kuota permohonan sebanyak 9961 secara keseluruhan. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan proses pengagihan semula baki kuota ini kepada penerima sedia ada yang layak dan sangat memerlukan. Mekanisme pengagihan baki kuota ini masih dalam proses perbincangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.