Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

12) SKIM PEDULI SIHAT

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri memiliki cadangan untuk meluaskan skop perlindungan rawatan kesihatan di bawah Skim Peduli Sihat kepada rawatanrawatan lain seperti penjagaan gigi dan mata?

    Rawatan penjagaan gigi dan mata telah termasuk di dalam skop perlindungan rawatan kesihatan di bawah Skim Peduli Sihat. Sehingga kini, terdapat sebanyak 1131 buah klinik termasuk 4 buah klinik gigi telah menjadi panel klinik Skim Peduli Sihat. Selain daripada itu, pemegang kad Peduli Sihat boleh membuat saringan pemeriksaan kesihatan asas dengan kadar  minimum bagi menggalakkan masyarakat untuk lebih peka dengan tahap kesihatan masing-masing dan dapat melaksanakan langkah-langkah pencegahan awal agar menghindari diri dari penyakit tidak berjangkit (Non Communicable Disease).

    Bermula tahun 2018, Kerajaan Negeri Selangor juga telah menambahbaik pelaksanaan Skim Peduli Sihat dengan meluluskan peruntukan one-off sebanyak RM180 kepada semua pemegang kad untuk mendapatkan salah satu suntikan vaksin bagi pneumokokal/ meningococcal/ hepatitis B/ influenza/ typhoid.

Lampiran

Tiada Lampiran.