Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

164) Skim Peduli Sihat Selangor

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan mahu mengekalkan orang bujang sebagai penerima manafaat Skim Peduli Sihat sedangkan mereka masih sihat, muda dan tiada tanggungan dan menyerahkan kouta ini kepada warga emas yang lebih memerlukan bantuan kesihatan.

    Untuk makluman ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri masih lagi mengekalkan kelayakan Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS) kepada pemohon bujang dengan syarat pendapatan RM2,000.00 dan ke bawah. Namun yang demikian, had rawatan bagi pemohon bujang adalah hanya RM250.00 setahun berbanding RM500.00 setahun bagi pemohon berkeluarga.

    Mengambil kira keperluan SIPS ini kepada warga emas, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sebanyak 200 kuota tambahan kepada warga emas yang layak namun terkeluar daripada kuota DUN dan tambahan 800 kuota kepada kes-kes terpencil yang melibatkan warga emas atau keluarga yang tiada rekod rasmi pendapatan. Kes-kes terpencil ini boleh dimohon melalui SPBT, UPEN atau Selcare Management Sdn Bhd untuk pertimbangan.

Lampiran

Tiada Lampiran.