Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

133) SKIM PEDULI SIHAT (SPS)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bagaimanakah sambutan rakyat terhadap SPS?

    a) dan b)

    Sambutan rakyat amat menggalakkan terhadap  Program  Skim  Peduli  Sihat (SPS) memandangkan Skim “Terunggul di Malaysia, Hanya di Selangor” ini adalah julung-julung kali di lancarkan bukan  sahaja  di  Negeri  Selangor bahkan di Malaysia. Ia selari dengan hasrat Kerajaan Negeri  yang  peduli rakyat. Sehingga 14 Mac 2017, sebanyak 68,579 orang telah memohon untuk menjadi peserta Skim Peduli Sihat sejak ianya dilancarkan pada awal tahun. Jumlah pendaftaran SPS mengikut pecahan kaum adalah seperti berikut:

     

    BANGSA JUMLAH PENDAFTARAN PERATUSAN (%)
    MELAYU 47,697 69.55%
    CINA 9,258 13.50%
    INDIA 11,477 16.74%
    LAIN- LAIN 147 0.21%
    JUMLAH   68,579 100.00%            

     

Lampiran

Tiada Lampiran.