SKIM PEDULI SISWA NEGERI SELANGOR
17) SKIM PEDULI SISWA NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan untuk program Peduli Siswa. Berapa ramai permohonan yang telah diterima dan diluluskan sehingga sekarang?
Permohonan bagi Program Khas Peduli Siswa tahun 2017 telah dibuka sebanyak dua sesi iaitu pada Februari dan Ogos. Sebanyak 3,682 permohonan telah diterima dan seramai 738 pelajar telah ditawarkan bagi kedua-dua sesi tersebut.
