Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

59) SKIM PEMBINAAN RUMAH ORANG MISKIN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah skim pembinaan rumah orang miskin di atas tanah sendiri masih ada?

    Skim pembinaan rumah di atas tanah sendiri masih dikekalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sehingga kini dan dikenali sebagai Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin di bawah Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin. Program ini telah mula diwujudkan sejak tahun 2001 dengan tujuan membantu golongan yang kurang berkemampuan, mempunyai rumah yang daif , usang serta tidak selamat untuk diduduki untuk memiliki sebuah rumah yang lebih selesa. Pembinaan rumah baru dikategorikan kepada dua (2) jenis iaitu 2 bilik dan 3 bilik. Manakala baikpulih rumah diperuntukkan dengan kos tidak melebihi RM20,000.00 bagi sebuah rumah. Program Bantuan Rumah ini masih dikekalkan sehingga kini memandangkan maklumbalas yang diterima oleh penerima – penerima bantuan adalah amat

     

    Program Kerajaan Prihatin ini disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dimana jumlah pendapatan seisi rumah adalah dibawah RM1,500.00 sebulan. Bantuan ini diberi keutamaan kepada pemohon yang mempunyai tanggungan yang ramai. Bantuan bina baru rumah adalah diberikan berdasarkan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Rumah yang diadakan selepas sesi lawatan rumah diadakan dengan mengambilkira keperluan dan keadaan semasa pemohon. Sehubungan itu, bantuan ini juga diberi kepada pemohon yang mempunyai tanah di atas nama sendiri dan dibuktikan melalui salinan geran tanah semasa lawatan diadakan. Bagi pemohon yang tidak mempunyai tanah dan menumpang di atas tanah orang lain, permohonan adalah layak dipertimbangkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Rumah dengan syarat pemohon harus mendapatkan kebenaran daripada tuan tanah dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. Bagi bantuan baikpulih pula, bantuan diberikan mengikut kerosakan dan keperluan semasa lawatan dilaksanakan dengan kos keseluruhan tidak melebihi RM20,000.00 bagi sebuah rumah.

     

    Proram Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin ini secara tidak langsung dapat meningkatkan sosioekonomi di kalangan penerima bantuan, mengurangkan bebas kos sara hidup dan sewaan rumah yang semakin tinggi saban hari serta dapat meningkatkan tarah kehidupan yang lebih selesa untuk tanggungan.

Lampiran

Tiada Lampiran.