Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

235) SKIM PEMILIKAN KEDIAMAN PERSENDIRIAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah permohonan yang telah di luluskan dibawah Skim Pemilikan Kediaman Persendirian semenjak dilancarkan mengikut daerah?

    Jumlah permohonan yang telah diluluskan sehingga Disember 2014 di bawah Skim Pemilikan Kediaman Persendirian mengikut Pekeliling PTGS Bilangan 6 Tahun 2011 yang mula dikuatkuasakan pada 1 Jun 2011 adalah seperti berikut:-

     

     

    DAERAH

    JUMLAH PERMOHONAN MENGIKUT TAHUN
    2011 2012 2013 2014
    Hulu Selangor 88 68 38 20
    Hulu Langat 190 291 46 15
    Kuala Selangor 61 31 682 56
    Klang 7 5 4 3
    Kuala Langat 0 8 0 71
    Sabak Bernam 69 81 92 142
    Petaling 171 1609 232 150
    Gombak 295 898 830 291
    Sepang 282 22 32 65

Lampiran

Tiada Lampiran.