Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

77) SKIM PEMILIKAN TANAH KEDIAMAN RM1000

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan untuk memastikan pemilik-pemilik tanah yang salahguna status tanah iaitu dari tanah pertanian kepada kediaman di putihkan di bawah polisi Skim Tanah Rumah Kediaman RM1000?

    Pada masa ini, Kerajaan Negeri sedang mengkaji dasar yang bersesuaian untuk melaksanakan pemutihan tanah-tanah pertanian yang digunakan selain dari tujuan pertanian ke atas pemilik tanah yang telah mendirikan bangunan melebihi 1/5 daripada keluasan tanah miliknya berdasarkan Seksyen 115, Kanun Tanah Negara. Namun demikian, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan dasar pemilikan tanah bagi tujuan kediaman seperti Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 6/ 2011 yang menawarkan premium nominal RM1,000.00 bagi setiap hakmilik sebagai pilihan kaedah pembayaran premium. Kerajaan Negeri juga mendapati pemilik tanah akan menukar syarat tanah mereka dari pertanian kepada kediaman semasa menyelesaikan isu pembahagian harta pusaka dan sempadan tanah untuk mendapatkan hakmilik individu masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.