Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

37) SKIM PEMILIKAN TANAH KERAJAAN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan bercadang melaksana Skim Pemilikan Tanah Kerajaan dengan mengenal pasti pendudukan atas tanah TOL (Temporary Accupancy License) lebih dari 10 tahun untuk diberi hak milik kekal. Berapakah keluasan tanah TOL yang layak diberikan hakmilik di seluruh negeri Selangor mengikut Daerah dan adakah ianya termasuk kawasan rezab kiri dan kanan JPS atau JKR.?

    Tidak semua tanah yang telah lama diduduki secara haram atau melalui kelulusan Temporary Occupancy of License (TOL) akan diberimilik. Berdasarkan Kaedah Tanah Selangor (pindaan) 2003, Pentadbir Tanah Daerah boleh menolak secara pentadbiran ‘summary rejection’ bagi mana-mana permohonan tanah yang terlibat dengan:-

    1. Tanah rizab Melayu kecuali permohonan tersebut dibuat di bawah Enakmen Tanah Rizab Melayu
    2. Tanah yang telah diberimilik;
    3. Tanah yang telah diluluskan pemberimilikan tetapi hak milik masih belum dikeluarkan;
    4. Tanah yang telah dirizabkan untuk kegunaan awam;
    5. Tanah yang telah diluluskan untuk tujuan rizab tetapi masih belum diwartakan;
    6. Permohonan yang tidak mematuhi syarat di bawah Seksyen 43 Kanun Tanah Negara;
    7. Tanah yang telah dibuat pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah, 1960;
    8. Tanah yang telah diluluskan pajakan melombong di bawah Enakmen Mineral (Selangor) 2000; dan ix. Arahan dari masa ke semasa oleh pihak yang berkuasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.