Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

51) SKIM PENDIDIKAN BELIA

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa ramaikah yang terlibat dan apakah perkembangan terkini skim ini?

    Kerajaan Negeri amat prihatin dan menyedari akan kepentingan pendidikan kepada golongan belia khususnya di Selangor. Sehubungan itu, satu program telah diperkenalkan di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, iaitu Program Diploma Belia Dalam Kerja Pembangunan (Eksekutif) yang telah bermula pada 7 Mac 2014 di mana seramai 38 orang calon yang telah berjaya ditawarkan ke program tersebut. Walau bagaimanapun, hanya 26 orang pelajar yang telah mendaftar dalam Semester Pertama. Daripada jumlah tersebut, seramai 20 orang pelajar yang telah menduduki peperiksaan pada Semester Pertama manakala seramai 6 orang pelajar yang gagal menduduki peperiksaan telah ditamatkan

     

    Pada 29 Disember 2015, Kerajaan Negeri dengan kerjasama pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan temuduga kali ke-2 dan telah dihadiri oleh 12 orang calon. Daripada jumlah tersebut, seramai 8 orang telah berjaya dan ditawarkan untuk mengikuti program ini. Dengan itu, jumlah pelajar keseluruhan pelajar yang telah mengikuti program ini adalah seramai 28 orang.

Lampiran

Tiada Lampiran.