Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

124) SKIM PERUMAHAN RAKYAT

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah mekanisme pelaksanaan skim ini?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sedang merangka skim yang bertujuan untuk membantu pembeli-pembeli rumah kos rendah yang gagal mendapatkan pinjaman bank kerana mempunyai pelbagai masalah seperti tiada pendapatan tetap, tiada bukti pendapatan, rekod CCRIS, CTOS dan sebagainya melalui penyediakan peruntukan (deposit) untuk membiayai pinjaman berkenaan. Kerajaan Negeri bersetuju menyalurkan dana permulaan dalam bentuk Simpanan Tetap (FD) sebagai jaminan kepada bank yang berminat untuk melaksanakan skim khas tersebut dan akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Pihak bank boleh menggunakan principal sekiranya baki faedah tidak mencukupi untuk menampung kekurangan deficit bagi non-performing loans. Selain itu, semua kos berkaitan perjanjian seperti yuran guaman, yuran perjanjian jual beli dan lain-lain caj menjadi sebahagian daripada jumlah pinjaman. Pembeli hanya perlu membayar deposit bil air dan bil elektrik sahaja semasa mengambil kunci rumah. Kerajaan Negeri telah berbincang dengan beberapa bank akan konsep ini dan dijangka akan dapat dilaksanakan dengan persetujuan bank berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.