Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

199) SKIM PERUMAHAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilangan rumah pangsapuri kos rendah, rumah mampu milik dan rumah selangorku yang ada di Selangor

    1. Untuk makluman Yang Berhormat, bilangan rumah pangsapuri kos rendah yang telah siap di bina adalah 207,627 unit. Pecahan bilangan adalah seperti di Jadual

    Jadual 1 : Bilangan Rumah Pangsapuri Kos Rendah Mengikut Daerah

     

    Bil Daerah Bilangan Unit
    1 Petaling 93,232
    2 Hulu Langat 38,902
    3 Gombak 38,068
    4 Klang 17,226
    5 Kuala Langat 1,978
    6 Sepang 3,600
    7 Kuala Selangor 719
    8 Hulu Selangor 13,812
    9 Sabak Bernam 90
    Jumlah Keseluruhan 207,627

     

    Manakala bagi rumah mampu milik dan rumah selangorku pula, sebanyak tiga projek yang melibatkan 1,682 unit telah siap dibina dan ianya terdiri daripada Bukit Botak, Selayang mempunyai 1,422 unit. Projek kedua adalah di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi yang dibina sebanyak 124 unit. Manakala 136 unit lagi terletak di Bandar Sungai Long, Kajang.

Lampiran

Tiada Lampiran.