Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

8) SKIM PINJAMAN MIKROKREDIT

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Skim pinjaman mikro kredit adalah satu usaha yang baik untuk menolong peniaga peniaga kecil dan orang -orang yang ingin memulakan perniagaan kecil. Tetapi ramai pemohon telah mengadu bahawa,terdapat banyak syarat -syarat yang ketat dikenakan dan ini menjadikan permohonan mereka gagal. Oleh yang demikian ,kerajaan negeri perlu mencari jalan alternatif untuk memberi peluang kepada orang ramai yang ingin memohon pinjaman ini dengan mudah. Setakat ini berapa ramaikah yang memohon pinjaman ini dan berapa orang yang dapat pinjaman ?

    Jadual 1, di bawah menunjukkan bilangan dan jumlah pengeluaran pembiayaan mengikut daerah sehingga 23hb Jun 2011.

    Bil. Cawangan SKIMSEL Peserta (Sadiq) Jumlah Pembiayaan
    1. Sabak Bernam 712 2,309,600.00
    2. Hulu Selangor 456 1,257,000.00
    3. Kuala Selangor 431 1,072,100.00
    4. Hulu Langat 366 956,500.00
    5. Kuala Langat 445 1,182,500.00
    6. Sepang 205 492,500.00
      Jumlah 2,624 7,270,200.00

Lampiran

Tiada Lampiran.