Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

108) SKIM PINJAMAN PENDIDIKAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah bilangan Skim Pinjaman Pendidikan yang sedia ada di Negeri Selangor?

    Buat masa ini, terdapat satu skim pinjaman pendidikan di bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) iaitu Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor dengan peruntukan tahunan sebanyak RM16.3 juta setahun. Seramai 1,500 pelajar baru ditaja setiap tahun dengan pengambilan sebanyak dua kali setahun.

    Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor adalah dalam bentuk pinjaman tanpa faedah. Penerima Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor yang telah menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan serta mencapai GCPA/PNGK 3.20 dan ke atas adalah layak untuk memohon pengurangan bayaran balik pinjaman di bawah program Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.