Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

132) SKIM POLIS BANTUAN DI PBT

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status perlaksanaan Skim Polis Bantuan di PBT? Apakah tugas utama mereka?

    Cadangan Penyerapan Skim Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada Skim Polis Bantuan telah dibincangkan oleh pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bersama wakil Polis DiRaja Malaysia (PDRM) daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, wakil Kamar Penasihat Undang-undang Negeri dan PBT Negeri Selangor pada 21 Januari 2020.

     

    Berdasarkan mesyuarat tersebut, wakil PDRM daripada IPK Selangor:

     

    • berpandangan bahawa cadangan Kerajaan Negeri adalah bertentangan, tidak sesuai dan tidak praktikal dengan konsep Polis Bantuan memandangkan objektif Polis Bantuan tersebut hanya untuk melindungi premis atau aset majikan sahaja; dan
    • mencadangkan adalah lebih wajar agar Kerajaan Negeri membantu dan menyokong PDRM dari segi mendapatkan tambahan anggota dengan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

     

    Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Selangor masih meneliti kaedah yang sesuai bagi perlaksanaan Polis Bantuan di PBT memandangkan Cadangan Penyerapan Skim Penguatkuasa PBT kepada Skim Polis Bantuan sukar untuk dilaksanakan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.